Saya ada membaca tulisan Isu Konsert Ella dan Mas Idayu: Tegas Tetapi Tidak Bijaksana olehGB(tranungkite.net).Saya tidak berapa setuju dengan pandangan yang dikemukakan.Dan saya mengucapkan tahniah di atas tindakan berani Pemuda PAS Selangor yang membantah konsert tersebut. Bantahan itu ada asasnya.Apa asasnya?saya ingin melontarkan beberapa persoalan yang mungkin kita boleh fikir bersama.
1-Apakah wajar menyambut kemenangan 100 hari PR dengan mengadakan konsert dan yang membuat persembahannya pula adalah artis wanita?-kes ini berbeza dengan konsert Mawi di kelantan.
2-PAS adalah sebuah parti yang jelas memperjuangan Islam.Adakah isu ini akan menjadi fitnah yang besar apabila PAS tidak bersuara langsung walhal PAS-lah yang menjuarai bantahan konsert-konsert yang melaghakan ?
3-Jika bantahan ini tidak dilakukan pada peringkat awal, apa akan jadi untuk konsert-konsert yang seterusnya.sepatutnya barisan kepimpinan Pakatan Rakyat harus berkompromi antara satu sama lain yang melibatkan dasar perjuangan masing-masing seperti mana PAS menghormati dasar DAP yang tidak mahu negara Islam ditegakkan.Dan sikap PAS dalam isu negara Islam tidaklah terlalu gopoh dan tidak pula mengadai prinsip.
Ok..saya nak bawa satu penulisan yang boleh kita fikirkan bersama.Saya petik perenggan daripada penulisan tersebut yang boleh kita nilai dengan hati yang tenang.
Untuk download penuh artikel tersebut sila klik di sini.(MUZIK PADA PANDANGAN SYARAK )
---------------------
"Melihat kepada senario industri muzik pada hari ini, melalui konsert-konsert yang dianjurkan khususnya yang melibatkan artis-artis wanita tanah air atau yang diimport dari negara-negara luar, maka kita tidak meragui lagi bahawa hukumnya adalah haram. Ini kerana jelas kepada kita keadaan mereka yang mendedahkan aurat secara terbuka, mengenakan solekan yang agak keterlaluan dan menari berlenggang lenggok di atas pentas dengan pakaian menjolok mata.
Golongan ini diberi amaran keras oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dengan azab api neraka sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama:
Golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua:
Golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Berlenggang lengguk waktu berjalan dan menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.).
Di samping pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, lirik lagu yang memuja cinta dan manusia dengan suara yang lunak dan memukau para penonton, melalai dan mengkhayalkan anak-anak muda sehingga kadang-kadang sampai kelarut malam sepertimana persembahan yang pernah berlaku di Dataran Merdeka atau Bukit Jalil yang kelihatan penuh dengan sampah-sampah terdiri daripada kondom, botol-botol arak dan…..dan…dan seumpamanya, begitulah seterusnya.
Inilah perancangan musuh khususnya Yahudi Laknatullahi ‘Alaihim dan sekutunya-sekutunya termasuk golongan yang bertopengkan Islam bagi tujuan menjauhkan anak-anak muda daripada Islam. Pendek kata, keadaan dan bentuk hiburan di tanah air kita pada hari ini telah jauh menyimpang daripada batas-batas syariat.
Bukan kerana alat-alat muzik yang dimainkan kerana ia masih terdapat kekhilafan di kalangan ulamak tetapi bentuk perlaksanaan dan persembahan itu yang sememangnya disepakati atau ijmak para ulamak akan pengharamannya apabila berlaku keadaan yang disebutkan di atas.
Bagi golongan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik, bermain dan menggunakan alat muzik dalam majlis yang haram atau untuk perkara-perkara yang haram atau yang boleh membawa kepada kemungkaran maka hukum bermain dan menggunakannya juga adalah haram. Jika tidak, maka hukumnya adalah harus".
Kuliah kpj.
13 years ago