Tajuk artikel ni memang nampak gempak sikit...:)). Aku sebenarnya tiada nafsu terhadap piala Euro 2008. Bukan setakat kejohanan piala ini saja..bahkan semua pertandingan bola sepak yang ada. Daripada Piala Dunia sehinggalah Piala Kampung. Semua itu aku tak bernafsu nak layan. Aku pun hairan kenapa ini terjadi. Demi Allah, sejak piala Euro bermula tak pernah berjaga pagi...
Mungkin sifat ni dah semula jadi ada dalam diri aku. Aku rasa cemburu jugak apabila kekawan aku suka tengok bola. Apa jua kejohanan sehinggakan perlawanan budak-budak tadika dan PASTi pun dia suka.
Jika ada sesiapa yang boleh bagi tips dan petua kepada aku untuk meminatkan diri ini kepada bola sepak.
Tapi yang herannya....aku suka main bola sepak....
Kuliah kpj.
13 years ago