Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar.Bahasa arab dan bahasa Melayu.
Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.
Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..
1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."
2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.
3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."
4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
kenajisannya.
6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis
Sudut Pandangan saya....
Masalah yang berkait dengan perfume + alkohol ini dan settle. Yang masih menjadi masalahnya ialah Perfume + Bahan Najis. Macam Botox ada bahan najis. Inilah yang menyebabkan ianya haram dipakai di luar sembahyang dan dalam sembahyang.
kekadang bahan campuran yang haram(bukan alkohol) itu adalah yang menyebabkan ianya tak boleh dipakai.
Dan yang keduanya ialah wanita dilarang sama sekali pakai perfume...walaupun tiada bahan dilarang dalam campurannya...Pakai diluar rumah. Dan hanya harus pakai untuk suami sahaja terutama malam jumaat dan malam yang sewaktu dengannya..:)))
Petua Untuk Isteri Yang Tiada 'Bibit'
Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a.
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh
junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,
sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik
daripada apa yang kau pinta itu?"
Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.
How to say I Love You in 100 Languages !!!
English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana Uhibbuka (to male)
Arabic - Ana Uhibbuki (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
webmaster-Lafaz ini hanya sesuai untuk suami isteri, anak kepada ibubapa,ibubapa kepada anak dan hanya yang layak pada hukum syarak-dilarang keras kepada pasangan yang dilamun cinta peringkat tertinggi
Nasihat Untuk Orang Islam
Saya ada mendapat email dari seorang yang tak dikenali..saya fikir nasihat itu amat berguna...dan saranan saya..anda semua patut hebahkan perkara ini untuk kesucian Islam yang kita sayangi..
1. Don't say "Mosque"
Say always "Masjid"
Because Islam oranization has found thats mosque = mosquitoes
2. Don't write " Mecca "
Write always correctly "Makkah"
Because Mecca = house of wines
3. Don't write "Mohd"
Write always completely as "Muhammad"
Because Mohd = the dog with big mouth.
Forwared it 10 or more Muslims as you can.
Tips Nak Jimat Minyak....
Jika anda semua macam ni..bukan setakat jimat minyak...habis pam minyak gulung tikar...
Kenapa aku tiada nafsu terhadap.......
Tajuk artikel ni memang nampak gempak sikit...:)). Aku sebenarnya tiada nafsu terhadap piala Euro 2008. Bukan setakat kejohanan piala ini saja..bahkan semua pertandingan bola sepak yang ada. Daripada Piala Dunia sehinggalah Piala Kampung. Semua itu aku tak bernafsu nak layan. Aku pun hairan kenapa ini terjadi. Demi Allah, sejak piala Euro bermula tak pernah berjaga pagi...
Mungkin sifat ni dah semula jadi ada dalam diri aku. Aku rasa cemburu jugak apabila kekawan aku suka tengok bola. Apa jua kejohanan sehinggakan perlawanan budak-budak tadika dan PASTi pun dia suka.
Jika ada sesiapa yang boleh bagi tips dan petua kepada aku untuk meminatkan diri ini kepada bola sepak.
Tapi yang herannya....aku suka main bola sepak....
Tips blogger: cara untuk buat 'read more'..
Ini adalah tips percuma untuk para blogger(pengguna blogspot) yang mempunyai artikel yang panjang.Kadang-kadang saya rasa boring apabila nak buka blog-blog yang mempunyai banyak posting dan posting itu pulak panjang-panjang.Masa loading terlalu lama. Bagi yang menggunakan blog wordpress tak perlu pakai tips ini kerana widget untuk 'read more' telah disediakan.Untuk dapatkan tips ini..sila baca habis posting ini..:))..percuma jer
Ikuti langkah ini..sebelum sila back up templates dulu.
Ada 3 langkah besar yang utama.
Langkah 1
1. Buka menu Layout kemudian pilih Edit HTML.
2. sila klik pada box "expand widget template"
3. Cari kod berikut di Template blog anda
<div class='post-body entry-content'>
<p><data:post.body/></p>
4-Apa anda jumpa kod tadi,sila gantikan/replacekan dengan kod di bawah
<div class='post-body entry-content'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<a expr:href='data:post.url'>Read More......</a>
</b:if>
5-Jika siap sila save kan ..
Langkah 2
1-Pergi ke tab menu setting dan pilih formatting.(lihat rajah di atas)
2-Dan pilih function post template di bahagian bawah. sila masukkan kod di bawah di dalam kotak form yang disediakan.
<span class="fullpost">
</span>
3-Apabila Siap dan terus save setting. Fungsi kod ini ialah untuk memudahkan anda apabila membuat posting (edit html bukan compose) nanti.Kod ini akan muncul dalam kotak posting artikel.
Langkah 3
1-Sila masukkan 2 kod ini di dalam posting anda(edit html).Kod ini sebenarnya akan keluar secara automatik apabila anda ingin membuat posting artikel.
kod 1-(kod read more)
<span class="fullpost">
Sila masukkan kod ini di akhir hujung artikel untuk dipaparkan di bahagian depan.
2-Sila masukkan kod 2 di bawah di akhir perkataan penulisan anda.Penutup kepada 'read more'.
kod 2.
</span>
*p/s-sila lihat rajah yang disediakan jika kurang faham..
Selesai sudah dan selamat mencuba..
Isu Konsert Ella dan Mas Idayu: Tegas dan Bijaksana
Saya ada membaca tulisan Isu Konsert Ella dan Mas Idayu: Tegas Tetapi Tidak Bijaksana olehGB(tranungkite.net).Saya tidak berapa setuju dengan pandangan yang dikemukakan.Dan saya mengucapkan tahniah di atas tindakan berani Pemuda PAS Selangor yang membantah konsert tersebut. Bantahan itu ada asasnya.Apa asasnya?saya ingin melontarkan beberapa persoalan yang mungkin kita boleh fikir bersama.
1-Apakah wajar menyambut kemenangan 100 hari PR dengan mengadakan konsert dan yang membuat persembahannya pula adalah artis wanita?-kes ini berbeza dengan konsert Mawi di kelantan.
2-PAS adalah sebuah parti yang jelas memperjuangan Islam.Adakah isu ini akan menjadi fitnah yang besar apabila PAS tidak bersuara langsung walhal PAS-lah yang menjuarai bantahan konsert-konsert yang melaghakan ?
3-Jika bantahan ini tidak dilakukan pada peringkat awal, apa akan jadi untuk konsert-konsert yang seterusnya.sepatutnya barisan kepimpinan Pakatan Rakyat harus berkompromi antara satu sama lain yang melibatkan dasar perjuangan masing-masing seperti mana PAS menghormati dasar DAP yang tidak mahu negara Islam ditegakkan.Dan sikap PAS dalam isu negara Islam tidaklah terlalu gopoh dan tidak pula mengadai prinsip.
Ok..saya nak bawa satu penulisan yang boleh kita fikirkan bersama.Saya petik perenggan daripada penulisan tersebut yang boleh kita nilai dengan hati yang tenang.
Untuk download penuh artikel tersebut sila klik di sini.(MUZIK PADA PANDANGAN SYARAK )
---------------------
"Melihat kepada senario industri muzik pada hari ini, melalui konsert-konsert yang dianjurkan khususnya yang melibatkan artis-artis wanita tanah air atau yang diimport dari negara-negara luar, maka kita tidak meragui lagi bahawa hukumnya adalah haram. Ini kerana jelas kepada kita keadaan mereka yang mendedahkan aurat secara terbuka, mengenakan solekan yang agak keterlaluan dan menari berlenggang lenggok di atas pentas dengan pakaian menjolok mata.
Golongan ini diberi amaran keras oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dengan azab api neraka sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama:
Golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua:
Golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Berlenggang lengguk waktu berjalan dan menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.).
Di samping pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, lirik lagu yang memuja cinta dan manusia dengan suara yang lunak dan memukau para penonton, melalai dan mengkhayalkan anak-anak muda sehingga kadang-kadang sampai kelarut malam sepertimana persembahan yang pernah berlaku di Dataran Merdeka atau Bukit Jalil yang kelihatan penuh dengan sampah-sampah terdiri daripada kondom, botol-botol arak dan…..dan…dan seumpamanya, begitulah seterusnya.
Inilah perancangan musuh khususnya Yahudi Laknatullahi ‘Alaihim dan sekutunya-sekutunya termasuk golongan yang bertopengkan Islam bagi tujuan menjauhkan anak-anak muda daripada Islam. Pendek kata, keadaan dan bentuk hiburan di tanah air kita pada hari ini telah jauh menyimpang daripada batas-batas syariat.
Bukan kerana alat-alat muzik yang dimainkan kerana ia masih terdapat kekhilafan di kalangan ulamak tetapi bentuk perlaksanaan dan persembahan itu yang sememangnya disepakati atau ijmak para ulamak akan pengharamannya apabila berlaku keadaan yang disebutkan di atas.
Bagi golongan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik, bermain dan menggunakan alat muzik dalam majlis yang haram atau untuk perkara-perkara yang haram atau yang boleh membawa kepada kemungkaran maka hukum bermain dan menggunakannya juga adalah haram. Jika tidak, maka hukumnya adalah harus".
Aku Bermula dengan Blog Yang simple
Ini adalah blog yang selama ini diidamkan oleh ku. Insya-Allah baru mula nak bertatih. Dalam blog ini , akan diwujudkan beberapa kategori. Isu semasa, politik, pandangan pedas, ilmiah, keagamaan, tips dan trips, petua-petua dan sebagainya antara kategori yang akan diwujudkan.
Saya juga mengharapkan jika ada pandangan dan buah idea bolehlah diemailkankepada saya precoms[a]gmail.com.
Sedikit penjelasan- Blog dah lama diwujudkan. Tak salah pada 2006.Oleh kerana tak pandai nak moderate dan publish, ianya mati setakat itu. Pada Jun 2008 baru diberi nyawa kembali.Insya-Allah tak akan mati lagi...
Sekian dahulu coretan permulaan. Read More......