Sabarlah ibu!!!!!

Aku adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan. Bekas suamiku tidak pernah menjenguk anakku sejak dia meninggalkan rumah. Itu amat meruntun perasaanku apabila anakku yang masih kecil itu seringkali bertanya ayahnya. Di awal perpisahan dulu, anakku sering sakit dan menangis dan aku terpaksa memujuknya dan menyuruhnya bersabar dgn mengatakan itu adalah dugaan Tuhan.

Walaupun ketika waktu itu anakku mungkin tak mengerti, aku tetap menjelaskan situasi yang berlaku sedaya upayaku dengan harapan anakku akan faham suatu hari nanti.


Ketika dia sakit, aku akan menyapu minyak angin di belakang badannya, mengusap rambutnya dan mendodoikan dia tidur sambil bercerita kisah-kisah teladan yang pernah diceritakan oleh nenekku sewaktu aku kecil. Aku juga cuba menyorokkan segala kesedihan dan ketakutanku dari pengetahuan anakku. Lama-kelamaan aku tengok anakku tidak lagi bertanya ayahnya lagi.

Namun,di suatu hari aku pulang ke rumah dengan keadaan yg cukup tertekan. Aku berasa seperti sakit jiwa dan putus asa dalam hidup lantaran tekanan perasaan yang aku alami. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menangis semahu-mahuku di atas katil. Mungkin aku tak perasan anakku telah mengintai segala gerak-geriku di celah pintu yg aku lupa untuk menguncinya.

Tanpa sedarku, aku berasakan ada jari-jari kecil mengusap belakangku. Bau minyak angin dapat kuhidu. Alangkah terkejut dan terharunya aku pabila melihat anakku yg ketika itu baru berumur 5 tahun memegang botol minyak angin dan mengusap belakangku sepertimana aku pernah melakukan kepadanya dulu. Sambil mengusap-usap lembut badanku, anakku bertanya..”Kenapa mak menangis??” Aku tak terkata apa-apa kerana aku tak tahu apa yang perlu aku katakan waktu itu. Tetapi yang lebih menghibakan aku anakku berkata lembut, ” Sabarlah mak..ini kan ujian Tuhan.”
Mendengar kata-kata dari bibir comel itu membuat aku terkedu dan terus memeluknya sambil menangis. Aku tak sangka anakkku yang kecil itu seolah-olah memahami apa yg aku lalui. Anakku itulah penawar hatiku….

Sejak itu, aku berazam untuk tidak lagi berputus asa dalam hidup dan terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Aku berjanji dalam diri untuk membesarkan anakku dgn penuuh kasih sayang dan cuba menyediakan segala keperluannya sedaya-upayaku. Bagiku dialah semangatku bagi menepis segala cabaran yang aku lalui tanpa seorg lelaki di sisi.

Kini aku bersyukur kerana anakku telah membesar menjadi anak yang comel, sihat dan pintar. Dia adalah anak yg baik dan jarang menimbulkan masalah untuk membesarkannya. Sekarang dia sudah berumur 10 tahun dan menunjukkan prestasi yg cukup membanggakan di sekolah. Sebagai ibu, sudah tentu aku berbangga dan berharap dia akan menjadi seorg insan yg berguna kpd agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

0 Responses

Post a Comment