Sabarlah ibu!!!!!

Aku adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan. Bekas suamiku tidak pernah menjenguk anakku sejak dia meninggalkan rumah. Itu amat meruntun perasaanku apabila anakku yang masih kecil itu seringkali bertanya ayahnya. Di awal perpisahan dulu, anakku sering sakit dan menangis dan aku terpaksa memujuknya dan menyuruhnya bersabar dgn mengatakan itu adalah dugaan Tuhan.

Walaupun ketika waktu itu anakku mungkin tak mengerti, aku tetap menjelaskan situasi yang berlaku sedaya upayaku dengan harapan anakku akan faham suatu hari nanti.


Ketika dia sakit, aku akan menyapu minyak angin di belakang badannya, mengusap rambutnya dan mendodoikan dia tidur sambil bercerita kisah-kisah teladan yang pernah diceritakan oleh nenekku sewaktu aku kecil. Aku juga cuba menyorokkan segala kesedihan dan ketakutanku dari pengetahuan anakku. Lama-kelamaan aku tengok anakku tidak lagi bertanya ayahnya lagi.

Namun,di suatu hari aku pulang ke rumah dengan keadaan yg cukup tertekan. Aku berasa seperti sakit jiwa dan putus asa dalam hidup lantaran tekanan perasaan yang aku alami. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menangis semahu-mahuku di atas katil. Mungkin aku tak perasan anakku telah mengintai segala gerak-geriku di celah pintu yg aku lupa untuk menguncinya.

Tanpa sedarku, aku berasakan ada jari-jari kecil mengusap belakangku. Bau minyak angin dapat kuhidu. Alangkah terkejut dan terharunya aku pabila melihat anakku yg ketika itu baru berumur 5 tahun memegang botol minyak angin dan mengusap belakangku sepertimana aku pernah melakukan kepadanya dulu. Sambil mengusap-usap lembut badanku, anakku bertanya..”Kenapa mak menangis??” Aku tak terkata apa-apa kerana aku tak tahu apa yang perlu aku katakan waktu itu. Tetapi yang lebih menghibakan aku anakku berkata lembut, ” Sabarlah mak..ini kan ujian Tuhan.”
Mendengar kata-kata dari bibir comel itu membuat aku terkedu dan terus memeluknya sambil menangis. Aku tak sangka anakkku yang kecil itu seolah-olah memahami apa yg aku lalui. Anakku itulah penawar hatiku….

Sejak itu, aku berazam untuk tidak lagi berputus asa dalam hidup dan terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Aku berjanji dalam diri untuk membesarkan anakku dgn penuuh kasih sayang dan cuba menyediakan segala keperluannya sedaya-upayaku. Bagiku dialah semangatku bagi menepis segala cabaran yang aku lalui tanpa seorg lelaki di sisi.

Kini aku bersyukur kerana anakku telah membesar menjadi anak yang comel, sihat dan pintar. Dia adalah anak yg baik dan jarang menimbulkan masalah untuk membesarkannya. Sekarang dia sudah berumur 10 tahun dan menunjukkan prestasi yg cukup membanggakan di sekolah. Sebagai ibu, sudah tentu aku berbangga dan berharap dia akan menjadi seorg insan yg berguna kpd agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

Read More......

Rasuah: Kenapa manusia tidak takut akan Allah!!!


Islam telah menjelaskan bahawa rasuah adalah HARAM samada si penerima atau si pemberi atau si orang tengahnya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Tapi kenapa masih juga berlaku???


Anda sendiri boleh menjawabnya..

Jenayah ini berlaku disemua peringkat. Orang politik, penjawat awam,orang awam,orang kampung, polis, malah semua manusia yang lemah imannya pasti terjebak dengan jenayah ini.

Yang saya hairan ialah dalam negara kita ni , orang politik yang sah mengamalkan politik wang(rasuah) tak kena tahan oleh SPRM.

inilah yang dinamakan negeri pasir dua butir..

Read More......

Minyak Naik-Sakitnya menjadi Rakyat




Read More......

Kisah Saidina Ali & Pengemis....


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham.

Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah.

Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

* Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... *

Wassalam

Read More......

Hukum Memakai Minyak Wangi beralkohol

Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar.Bahasa arab dan bahasa Melayu.

Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.

Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

Sudut Pandangan saya....

Masalah yang berkait dengan perfume + alkohol ini dan settle. Yang masih menjadi masalahnya ialah Perfume + Bahan Najis. Macam Botox ada bahan najis. Inilah yang menyebabkan ianya haram dipakai di luar sembahyang dan dalam sembahyang.

kekadang bahan campuran yang haram(bukan alkohol) itu adalah yang menyebabkan ianya tak boleh dipakai.

Dan yang keduanya ialah wanita dilarang sama sekali pakai perfume...walaupun tiada bahan dilarang dalam campurannya...Pakai diluar rumah. Dan hanya harus pakai untuk suami sahaja terutama malam jumaat dan malam yang sewaktu dengannya..:)))

Read More......